Nasihat Terbaik

Antara Nasihat-nasihat dari Warren Buffett

1.Jauhi kad kredit dan laburlah sendiri ..

2. Wang tidak menciptakan manusia. Namun manusia boleh
menciptakan wang….

3. Jalani kehidupan anda sesederhana diri anda sendiri.
Yang penting diri anda selesa…

4. Jangan lakukan apa yang orang lain katakan. Dengarkan saja mereka,
namun lakukanlah hanya apa yang membuat anda merasa senang
(feel good)

5. Jangan membeli barang kerana jenamanya.pakailah pakaian yang
memang membuat anda merasa selesa.

6. Jangan menghabiskan wang anda untuk barang-barang yang tidak
penting. Gunakanlah wang anda secara bijaksana untuk keperluan
yang memang benar-benar anda perlukan.

7. Akhirnya, ini semua adalah kehidupan anda.
Hidup ini hanya sekali. Mengapa anda harus memberikan orang lain
kesempatan untuk mengatur hidup anda?. Hiduplah dengan gaya anda
sendiri, yang penting anda senang, anda puas, anda selesa &
anda bahagia…

7 Soalan Bagi Renungan.

1. Fikirkan semula : Apakah yang paling menggembirakan dalam hidup kita? 2. Apakah perkara yang kita gemar atau suka untuk lakukan pada masa lapang? 3. Apakah nasihat yang akan kita berikan kepada anak ataupun sahabat rapat yang ingin berjaya dalam bidang yang kita ceburi? 4. Apakah bakat dan kemahiran terbaik kita; apakah perkara yang kita dapat lakukan dengan paling bagus? 5. Apakah satu kualiti yang kita ingin bina dalam diri kita? 6. Apakah teladan terpenting yang pernah kita pelajari dalam bidang perniagaan? 7. Apakah teladan peribadi terpenting yang pernah kita pelajari?

Masa Itu Emas “Time is gold”

Seperti mana yang kita tahu dimana-mana terdapatnya perpatah atau falsafah berkaitan dengan masa. Contohnya di Malaysia kita sering mendengar tentang, “Masa itu emas”. Kalau orang putih, mereka kata, “time is gold”. Betulkah masa itu emas? Masa itu lebih bernilai daripa emas atau apa-apa yang berharga, tidak ada seseorang pun di atas muka bumi ni yang mampu mengulangi masa-masa yang kita telah berlalu walaupun dia seorang jutawan, hartawan, ataupun mana-mana kerajaan, mana-mana pertubuhan dan sebagainya.
Ini adalah ketetapan yang dibuat oleh pemilik masa itu sendiri. Semua orang diberi masa untuk dia habiskan masanya
itu, ada orang diberi masa yang begitu lama dan ada orang yang masanya terlalu pendek, terlalu singkat tetapi bukan
soalnya panjang ataupun pendek, lama atau sekejap masa tersebut tetapi bagaimana seseorang itu dapat gunakan masa
yang diperuntukan kepada dia dengan sebaik mungkin. Allhamdulillah ramai yang gunakan masa mereka dengan baik dan
lebih ramai lagi yang habiskan masa mereka yang sangat beharga itu dalam perkara-perkara yang lalai.

Rison Swett memberikan pendapatnya, “Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya. Sesungguhnya MASA itu sangat berharga dan janganlah mempersia-siakannya. Ada lagu yang bertajuk “Masa muda hanya sekali”. Memang benar, sebagai anak-anak muda dan orang-orang yang percaya kita perlu mempergunakan masa itu dengan sebaik mungkin.

Sekian Terima Kasih

AmiruddinBasri.com

Tuan2 yang mulia
Di atas Al-Quran berulang-ulang kali menyebut “Ketahuilah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT” “Allah bagi timur dan Allah bagi barat, pentadbir bagi timur, dan pentadbir bagi barat, “Tuhan kamu hanya Tuhan yang Esa dan tidak ada sekutu bagi Allah SWT “ dan Allah SWT lah Rob yang tiada Tuhan melainkan Dia layak disembah dan beberapa ayat yang begitu banyak Allah SWT ulang akan keEsaan dan ke Agungan Allah SWT, Kebesaran Allah SWT Semuanya ditangan Allah, sehingga keyakinan usaha Nabi2 dan Rasul2 supaya keyakinan Allah SWt masuk ke dalam hati bahawa benar2 kita meyakini Pencipta ialah Allah SWT, yang menghina merendahkan ialah Allah SWT, Yang Meninggikan ialah Allah SWT, Yang memuliakan ialah Allah SWT, Yang menghinakan ialah Allah SWT, Allah SWT Dialah pembantu dan penolong Allah swt Yang Maha Agung, semua sifat2 Allah swt Yang Maha Mendengar, Allah swt Maha Melihat, Allah swt Dialah yang melakuakan segala-galanya kehebatan keagungan keyakinan ada pada Allah swt kepada sifat2 Allah swt seluruhnya harus masuk dalam hati kita keAgungan Allah swt, sekali betapa kecintaan ma’rifah kepada Allah swt harus datang dalam hati kita, kenal Allah swt selayaknya sebagai zat yang maha Agung zat yang maha tinggi, keadaan kita bersolah hari ini tuan yang mulia dahi kita tersungkur di atas sejadah, badan kita sujud pada Allah swt, dahi kita atas tanah sujud pada Allah swt tapi kita cuba tengok dalam hati kita dimanakah hati kita sujud? Dimanakah kiblat hati kita? Sudah tentu tuan2 yang mulia apabila kita lihat hati kita sedang sujud kepada berhala yang berupakan kedai, berhala yang berupakan industri dan berhala yang berupakan pembangunan dan berhala kepada ekonomi, berhala kepada kedudukan dan pangkat dan berhala kepada RM DOLAR dan sebagainya ini semua ni berupakan berhala2 yang ada dalam hati kita padahal Allah “ Allah swt Dialah Tuhan di langit Dialah Tuhan di bumi “ tapi tuan2 yang mulia malangnya kita sedang sujud kepada Allah swt dahi kita sujud pada Allah swt tetapi hati kita sujud selain daripada Allah , kepada kebesaran2 makhluk. Sekali Junaid Baghdadi RAH dia sedang bertawaf di kha’bah dan dia dengar seorang perempuan yang sedang membaca syair yang mafhumnya lebih kurang “ Wahai Allah! Aku cuba membendung dan mengurung cintaku supaya ianya terkawal tetapi malangnya sebagaimana aku kawal dan aku cuba hadangnya dan terus dia membuak dan meletup dan meleleh keluar dan apabila aku tidak menemuiMU aku jadi mati dan apabila Enkau menzahirkan ZatMU aku menjadi hidup semula” Jadi apabila dengar kepada Junaid baghadadi RAH yang mana satu orang Wali Allah satu orang yang kenal Allah dan dia kata Wahai wanita!! Kamu fikir apa yang kamu kata? Maksudnya adab dengan Allah swt apa yang kamu kata cakap betul2! Maksudnya tak fikir dulu ka apa yang kamu cakap tak over sangat ka? Jadi wanita itu kata “Kalaulah tidak kerana cintaNya kepada ku, kalau lah tidak kerana taqwanya kepada takut, sayang, hubungan ta’luk aku dengan Nya sudah tentu Dia tidak bangun kan aku daripada selimut yang panas dan bawa aku datang kesini untuk memunajat beribadat kepadanya” kemudia wanita itu bertanya kepada Junaid baghadadi RAH “Wahai Junaid kamu sedang buat apa? Dia kata aku sedang tawaf baitullah kemudian wanita tadi terus dongak ke langi Wahai Allah betapa bodohnya hanbaMu ini, betapa bodohnya hamba Mu ini dia tinggalkan kamu dia berkeliling batu” Mana satu keadaan suasana yang menyebabkan terkeluarnya percakapan tersebut, jadi tua2n yang mulia, kita lihatlah kita renunglah diri kita pada hari ini kita bersujud dahi kita di bumi tapi dimanakah kiblat hati kita tetapi kita sujud kepada Ghairullah.

Renung2kanlah selamat beramal
Amiruddinbasri.com

Kepentingan Pendidikan Kewangan

Sistem pendidikan di Malaysia seperti diketahui umum terdiri daripada beberapa peringkat. Bermula dengan sekolah rendah, menengah, dan pendidikan tinggi iaitu pra universiti. Walau bagaimanapun, menurut undang2 hanya pendidikan sekolah rendah sahaja yang diwajibkan kepada semua.

Sejak kecil lagi kita ditekankan supaya menjaga wang ataupun duit, berjimat cermat,berbelanja dengan bijak, menabung, dan sebagainya. Malangnya, walaupun hampir semua orang tahu betapa pentingnya pengurusan kewangan dalam hidup, kita tidak pernah diberikan pendidikan kewangan di sekolah mahupun di universiti. Sedangkan pendidikan kewangan adalah jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi pada masa kini.

Robert T. Kiyosaki dalam Bukunya, Rich Dad Poor Dad menyenaraikan beberapa nasihat klasik yang selalu diberikan kepada kita, baik semasa kanak2 mahupun ketika dewasa. Menurut Kiyosaki, nasihat ini menjadikan kita seorang yang sentiasa terbelenggu dengan kemelut kewangan. Nasihat ini menjadikan kita tergolong dalam 90% orang ‘biasa-biasa’ sahaja di dunia ini.

ini diantara NASIHAT-NASIHATNYA :

* Belajar bersungguh-sungguh.
* Cari kerja yang elok berpendapatan lumayan.
* Kerja Kuat sehingga hari persaraan.
* Simpan duit sebanyak mungkin di dalam bank.
* Rumah adalah aset dan pelaburan terbesar. Kita tidak akan rugi membeli Rumah dan tanah.
* Jangan Berhutang.
* Berjimat cermat sebaik mungkin, bersara, dan kerajaan akan tanggung persaraan kita.
* Hidup bahagia selamanya.

Buakanlah maksud nasihat klasik ini, tidak boleh diguna lansung tapi kita perlu sedar yang sekarang ni BELANJA MAKIN BERTAMBAH. Jadilah orang yang LUAR BIASA.

Sekian Terima Kasih
Amiruddinbasri.com

MENCARI KEBAHAGIAAN

Amerika Syarikat sangat gah dalam sejarah kerana Amerika Syarikat adalah negara pertama yang membuat pengisytiharan kemerdekaan dan perlembagaan bertulis yang meletakkan individu di tengah2 aktiviti politik. Penisytiharan Kemerdekaan Amerika menyebut, “Kami memegang yang kebenaran ini adalah terbukti sendiri. Setiap manusia diciptakan sama ada mereka semuanya diberikan oleh Pencipta mereka hak yang ditetapkan serta tidak dapat dipisahkan. Di antaranya adalah kehidupan, kemerdekaan dan mencari kebahagiaan”.

Menurut fakta dan undang2, sebagai individu kita ini sangat beharga dan penting. Kita penting kepada orang tua yang melahirkan kita ke dunia ini. Kita penting kepada pasangan dan anak2 kita. Kita adalah penting kepada rakan2 kita dan masyarakat kita. Kita penting kepada pelanggan dan rakan sejawat kita. Ringkasnya oleh sebab kita hidup, kita mewujudkan kebergunaan, nilai, harga diri, maruah dan hak kepada orang lain. Dalam masyarakat kita yang mengamalkan demokrasi, sistem politik kita bergelar disekeliling kita, pengundi individu. Nilai undian kita sama dengan nilai undian orang terkaya dan paling berkuasa di dalam negara.

amiruddinbasri.com

By Amiruddinbasri Posted in Utama

Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan

15 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”

Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?

Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.

Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.

Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?

Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-

1) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

6) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

7) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

10) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

11) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

12) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

13) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

14) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

15) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

Sekian Terima Kasih

Sumber Saya : Dr. Azizan Osman @ http://www.marketingpower.com.my

Amiruddinbasri.com

Bagaimana Nak Mengawal Perbelanjaan

Salam kepada semua pembaca…
Kami sangat teruja dengan feedback yang kami
terima melalui emel yang kami kirimkan 2 hari
lepas, iaitu berkenaan kisah seorang bekas Ketua
Pegawai Eksekutif yang sekelip mata bekerja
sebagai penghantar Pizza.
Kisah Ken Karpman tersebut mendapat liputan
meluas di internet. Semoga ia menjadi iktibar
buat kita semua…
KAWAL PERBELANJAAN HARIAN ANDA!
—————————————————————-
Kegagalan dalam mengawal perbelanjaan harian
boleh menyebabkan kebocoran wang tanpa disedari.
Inilah yang berlaku kepada Ken Karpman..
“Saya tidak pernah memperhatikan harga ketika
membeli sesuatu di kedai. Saya hanya tinggal
masukkan barang apa pun yang saya inginkan ke
dalam troli dan membayar berapa pun harganya,”
~ Ken Karpman
Kegagalan beliau mengawal perbelanjaan telah
memberikan impak yang cukup dahsyat dalam
kewangan beliau.
Justeru, kepada kita semua, jadikan ia sebagai
pengajaran yang berguna.
BAGAIMANA MENGAWAL PERBELANJAAN? 
———————————————————————
Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk
mengawal perbelanjaan harian kita. Namun, antara
yang paling berkesan ialah dengan MEREKOD keluar
masuk wang setiap hari.
Dengan adanya REKOD ini, anda akan mula berbelanja
apa yang perlu sahaja. Kami yakin ia secara tidak
langsung akan membantu anda untuk jimat dalam
RM200 – RM300 sebulan!
Kami sarankan, untuk merekod keluar masuk wang anda,
anda boleh merekodnya di dalam Buku 555 atau di handphone
anda sahaja..
Namun untuk merekod secara lebih sistematik & lebih
berkesan, kami cadangkan agar anda gunakan Perisian
Kewangan ini.
Sumber Saya : Rahman Basri & Syed Faiz